Monday, 31 December 2012
Wednesday, 28 November 2012
Maka Nikmat Allah Yang Mana Satukah Telah Kita Dustakan ?
Subhanallah ...... AllahuAkbar. Melihat diri sendiri.....terasa malu..
Sunday, 18 November 2012
Saturday, 15 September 2012
Wednesday, 6 June 2012
Terkenang Semasa Dulu......
Dari email seorang teman untuk di konsi bersama :
Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?
1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12. Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar
20. Main bubble wrap
21. Minum air panas dlm piring
Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?
1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12. Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar
20. Main bubble wrap
21. Minum air panas dlm piring
Wednesday, 16 May 2012
Saya Sayang Mak.
Saya tak pernah meraikan Hari Ibu walau sekalipun. Namun itu bukan pengukur kasih sayang saya untuk mak. Sejak abah kembali mengadap Yang Khaliq hampir 9 tahun yang lalu, saya meletakkan mak sebagai top priority.Setiap Jumaat petang, saya memandu sendirian sejauh 150 km memastikan keperluan mak untuk tempoh seminggu mendatang dipenuhi.Sakit lutut yang sekian lama dideritai membataskan pergerakan mak.
Adakalanya dek kerana tuntutan tugas, saya hanya boleh memulakan perjalanan selewat jam 12 tengahmalam dan sampai di teratak mak 2 jam kemudian. Sepanjang perjalanan, telefon akan sentiasa berbunyi, panggilan dari mak bertanyakan lokasi saya,mengantuk atau tidak dan pesanan agar berhati2. Begitu juga setiap petang Ahad bila ingin kembali bertugas, rutin yang sama mak akan lakukan.Malah pelbagai bekalan disediakan untuk dibawa pulang.
Kerana priority ini, saya tidak punya masa untuk berlibur bersama teman2 kerana jadual weekend saya telah dikhaskan untuk mak. Saya nak berbakti pada mak selagi Allah izinkan, walau saya tahu sebesar dan sebanyak mana pun bakti saya ia tidak mampu membalas hatta setitis air susu yang mak telah berikan. Saya berdoa agar saya diberikan kesihatan, masa yang panjang untuk bersama mak, dikurniakan kesabaran,kekuatan dan dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak sebaik mungkin. Saya yakin kehidupan saya hari ini adalah kerana doa restu mak yang tak pernah putus. Terima kasih mak, saya sayang mak.
Thursday, 10 May 2012
Alhamdulillah
Sepanjang 2 minggu mencari si merah, alhamdulillah akhirnya bertemu. Kalau tidak, pastinya terpaksa menapak ke balai polis untuk membuat laporan sebelum boleh membuat permohonan baru. Pengajaran untuk diri sendiri agar tidak sesuka hati menyimpan dokumen penting tidak pada tempatnya. Terima kasih Allah di atas ujian kecil ini. Semoga perancangan pada Jun & Julai ini mendapat redhaMu dan dipermudahkan.
Thursday, 19 April 2012
Monday, 5 March 2012
Di Mana Silapnya ?
Sungguh kecewa dengan sikap calon2 temuduga hari ini. Bila di jemput untuk menghadiri temuduga, jawapan yang diterima - saya akan hadir. Namun bila tiba harinya, bayang pun tak nampak, jauh sekali untuk memaklumkan ketidakhadiran. Bila di hubungi berkali2 (dengan tanggapan mungkin tersesat atau menghadapi kesulitan), barulah muncul macam2 alasan yang tak logik. Sikap sebegini mencerminkan keperibadian diri yang pincang. Di saat beribu yang lain bersusah payah untuk mendapatkan kerja. lain pula sikap mereka yang diberikan peluang untuk ditemuduga - mereka mensia2kan peluang. Bukan itu saja, mereka juga menutup peluang org lain. Penemuduga pula terpaksa menghadapi kesulitan kerana masa yang diperuntukan untuk sesi temuduga terbuang sia2, sedangkan mereka punya banyak urusan lain yang perlu ditangani. Dan yang paling menyedihkan......yang pincang sikapnya ini adalah saudara seagamaku. Dimanakah silapnya ?
Monday, 27 February 2012
Friday, 27 January 2012
23 Successful People Who Wake Up Really Early
Prof Dr. Muhaya berkongsi artikel ini di laman FBnya dan aku ingin kongsikan disini...http://www.businessinsider.com/successful-early-risers-2012-1#general-motors-ceo-dan-akerson-1
Wednesday, 18 January 2012
Hanya Pinjaman
Setiap yang menjadi pinjaman, pasti akan dituntut pemiliknya Sekuat mana sayang, sesukar manapun untuk melepaskan, ia harus dipulangkan. Hari ni, tepat jam 1.15 petang, seorang teman harus merelakan pemergian ayahanda tersayang kembali kepada Penciptanya. Semoga beliau tabah dengan ketentuan ini dan semoga Arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Ameeenn... Ya Rabb
Tuesday, 17 January 2012
Petai Oh ! Petai
Gara-gara menerima 'arahan' untuk mengait buah petai ni, aku terdampar di dasar parit kering. Adehhhhh.....ni la pertama kali seumur idup mengait petai. Makan memang sedap, tapi nak mengaitnya seksa ...no wonder la harganya mahal kalau jual kat pasar tu.
Gulai Tempoyak Lampam Jawa Bersama Cemomok
Dulu, everytime mak letakkan daun cemomok dalam masakan, sesungguhnya aku tak suka kerana baunya cam bau pijat. Tapi benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.....akhirnya setiap kali masak tempoyak tanpa daun cemomok ...bagai tak lengkap. Mabeles......
Sunday, 1 January 2012
Semalam & Hari Ini
Tahun berganti namun perjuangan masih belum terhenti selagi nadi masih berdenyut. Perjuangan meneruskan kehidupan sebagai hamba Yang Khaliq, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai suami dan 1001 gelaran untuk tugas yang di galas perlu dilaksanakan sebaiknya. Semalam membawa seribu cerita suka dan duka yang menjadi kenangan dan panduan untuk perjuangan hari esok. Andai semalam kita pernah jatuh, bangunlah kembali dengan sandaran kepadaNYa agar kita diberi kekuatan untuk tidak jatuh lagi. Andai semalam kita menjulang awan, yakinlah ia kerana kehendakNya atas usaha dan pengorbanan dan usah sesekali mendabik dada menyanjung diri.Semoga hari esok kita akan diizikanNya dengan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan yang diredhai.
Subscribe to:
Posts (Atom)