Sunday, 1 January 2012

Semalam & Hari Ini

Tahun berganti namun perjuangan masih belum terhenti selagi nadi masih berdenyut. Perjuangan meneruskan kehidupan sebagai hamba Yang Khaliq, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai suami dan 1001 gelaran untuk tugas yang di galas perlu dilaksanakan sebaiknya. Semalam membawa seribu cerita suka dan duka yang menjadi kenangan dan panduan untuk perjuangan hari esok. Andai semalam kita pernah jatuh, bangunlah kembali dengan sandaran kepadaNYa agar kita diberi kekuatan untuk tidak jatuh lagi. Andai semalam kita menjulang awan, yakinlah ia kerana kehendakNya  atas usaha dan pengorbanan dan usah sesekali mendabik dada menyanjung diri.Semoga hari esok kita akan diizikanNya dengan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan yang diredhai. 

No comments:

Post a Comment