Monday, 5 March 2012

Di Mana Silapnya ?

Sungguh kecewa dengan sikap calon2 temuduga hari ini. Bila di jemput untuk menghadiri temuduga, jawapan yang diterima - saya akan hadir. Namun bila tiba harinya, bayang pun tak nampak, jauh sekali untuk memaklumkan ketidakhadiran. Bila di hubungi berkali2 (dengan tanggapan mungkin tersesat atau menghadapi kesulitan), barulah muncul macam2 alasan yang tak logik. Sikap sebegini mencerminkan keperibadian diri yang pincang. Di saat beribu yang lain bersusah payah untuk mendapatkan kerja. lain pula sikap mereka yang diberikan peluang untuk ditemuduga - mereka  mensia2kan peluang. Bukan itu saja, mereka juga menutup peluang org lain. Penemuduga pula terpaksa menghadapi kesulitan kerana masa yang diperuntukan untuk sesi temuduga terbuang sia2, sedangkan mereka punya banyak urusan lain yang perlu ditangani. Dan yang paling menyedihkan......yang pincang sikapnya ini adalah saudara seagamaku. Dimanakah silapnya ?

Wednesday, 18 January 2012

Hanya Pinjaman

Setiap yang menjadi pinjaman, pasti akan dituntut pemiliknya Sekuat mana sayang, sesukar manapun untuk melepaskan, ia harus dipulangkan. Hari ni, tepat jam 1.15 petang, seorang teman harus merelakan pemergian ayahanda tersayang kembali kepada Penciptanya. Semoga beliau tabah dengan ketentuan ini dan semoga Arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Ameeenn... Ya Rabb

Tuesday, 17 January 2012

Petai Oh ! Petai


Gara-gara menerima 'arahan' untuk mengait buah petai ni, aku terdampar di dasar parit kering. Adehhhhh.....ni la pertama kali seumur idup mengait petai. Makan memang sedap, tapi nak mengaitnya seksa ...no wonder la harganya mahal kalau jual kat pasar tu.

Gulai Tempoyak Lampam Jawa Bersama Cemomok



Dulu, everytime mak letakkan daun cemomok dalam masakan, sesungguhnya aku tak suka kerana baunya cam bau pijat. Tapi benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.....akhirnya setiap kali masak tempoyak tanpa daun cemomok ...bagai tak lengkap. Mabeles......

Sunday, 1 January 2012

Semalam & Hari Ini

Tahun berganti namun perjuangan masih belum terhenti selagi nadi masih berdenyut. Perjuangan meneruskan kehidupan sebagai hamba Yang Khaliq, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai suami dan 1001 gelaran untuk tugas yang di galas perlu dilaksanakan sebaiknya. Semalam membawa seribu cerita suka dan duka yang menjadi kenangan dan panduan untuk perjuangan hari esok. Andai semalam kita pernah jatuh, bangunlah kembali dengan sandaran kepadaNYa agar kita diberi kekuatan untuk tidak jatuh lagi. Andai semalam kita menjulang awan, yakinlah ia kerana kehendakNya  atas usaha dan pengorbanan dan usah sesekali mendabik dada menyanjung diri.Semoga hari esok kita akan diizikanNya dengan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan yang diredhai.