Wednesday 18 January 2012

Hanya Pinjaman

Setiap yang menjadi pinjaman, pasti akan dituntut pemiliknya Sekuat mana sayang, sesukar manapun untuk melepaskan, ia harus dipulangkan. Hari ni, tepat jam 1.15 petang, seorang teman harus merelakan pemergian ayahanda tersayang kembali kepada Penciptanya. Semoga beliau tabah dengan ketentuan ini dan semoga Arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Ameeenn... Ya Rabb

Tuesday 17 January 2012

Petai Oh ! Petai


Gara-gara menerima 'arahan' untuk mengait buah petai ni, aku terdampar di dasar parit kering. Adehhhhh.....ni la pertama kali seumur idup mengait petai. Makan memang sedap, tapi nak mengaitnya seksa ...no wonder la harganya mahal kalau jual kat pasar tu.

Gulai Tempoyak Lampam Jawa Bersama Cemomok



Dulu, everytime mak letakkan daun cemomok dalam masakan, sesungguhnya aku tak suka kerana baunya cam bau pijat. Tapi benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta.....akhirnya setiap kali masak tempoyak tanpa daun cemomok ...bagai tak lengkap. Mabeles......

Sunday 1 January 2012

Semalam & Hari Ini

Tahun berganti namun perjuangan masih belum terhenti selagi nadi masih berdenyut. Perjuangan meneruskan kehidupan sebagai hamba Yang Khaliq, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai suami dan 1001 gelaran untuk tugas yang di galas perlu dilaksanakan sebaiknya. Semalam membawa seribu cerita suka dan duka yang menjadi kenangan dan panduan untuk perjuangan hari esok. Andai semalam kita pernah jatuh, bangunlah kembali dengan sandaran kepadaNYa agar kita diberi kekuatan untuk tidak jatuh lagi. Andai semalam kita menjulang awan, yakinlah ia kerana kehendakNya  atas usaha dan pengorbanan dan usah sesekali mendabik dada menyanjung diri.Semoga hari esok kita akan diizikanNya dengan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan yang diredhai.