Wednesday 16 May 2012

Saya Sayang Mak.


Saya tak pernah meraikan Hari Ibu walau sekalipun. Namun itu bukan pengukur kasih sayang saya untuk mak. Sejak abah kembali mengadap Yang Khaliq hampir 9 tahun yang lalu, saya meletakkan mak sebagai top priority.Setiap Jumaat petang, saya memandu sendirian sejauh 150 km memastikan keperluan mak untuk tempoh seminggu mendatang dipenuhi.Sakit lutut yang sekian lama dideritai membataskan pergerakan mak.
Adakalanya dek kerana tuntutan tugas, saya hanya boleh memulakan perjalanan selewat jam 12 tengahmalam dan sampai di teratak mak 2 jam kemudian. Sepanjang perjalanan, telefon akan sentiasa berbunyi, panggilan dari mak bertanyakan lokasi saya,mengantuk atau tidak dan pesanan agar berhati2. Begitu juga setiap petang Ahad bila ingin kembali bertugas, rutin yang sama mak akan lakukan.Malah pelbagai bekalan disediakan untuk dibawa pulang.
Kerana priority ini, saya tidak punya masa untuk berlibur bersama teman2 kerana jadual weekend saya telah dikhaskan untuk mak. Saya nak berbakti pada mak selagi Allah izinkan, walau saya tahu sebesar dan sebanyak mana pun bakti saya ia tidak mampu membalas hatta setitis air susu yang mak  telah berikan. Saya  berdoa agar saya diberikan kesihatan, masa yang panjang untuk bersama mak, dikurniakan kesabaran,kekuatan dan dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak sebaik mungkin. Saya yakin kehidupan saya hari ini adalah kerana doa restu mak yang tak pernah putus. Terima kasih mak, saya sayang mak.

Thursday 10 May 2012

Alhamdulillah

Sepanjang 2 minggu mencari si merah, alhamdulillah akhirnya bertemu. Kalau tidak, pastinya terpaksa menapak ke balai polis untuk membuat laporan sebelum boleh membuat permohonan baru. Pengajaran untuk diri sendiri agar tidak sesuka hati menyimpan dokumen penting tidak pada tempatnya. Terima kasih Allah di atas ujian kecil ini. Semoga perancangan pada Jun & Julai ini mendapat redhaMu dan dipermudahkan.