Petang Ahad 8 Mei, aku menerima berita duka pemergian Wa @ Mak Long ke Rahmatullah akibat mengidap Chordoma. Usai solat Maghrib, aku memandu pulang ke kampung konvoi ngan cousin aku dan tiba tika jarum jam menginjak ke angka 1 pagi. Menatap wajah arwah yang tenang lalu ku ambil wudhu' sambil menyedekahkan bacaan ayat2 suci untuknya. Bacaan diteruskan bersilih ganti sehingga ke pagi bersama pelajar2 sekolah pondok yang berhampiran. Keesokkannya jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi. Kami yang ditinggalkan pasti kan merindui kuih dangai, apom lenggang dan rempah gilingan arwah selepas ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang solih.
Saturday, 14 May 2011
Thursday, 5 May 2011
Tuesday, 3 May 2011
Hati Emas Ong Kim Koon
Dia manusia yang dikurniakan Tuhan memiliki hati emas. Sikapnya wajar dicontohi - menghulurkan bantuan tanpa mengira siapa dan di mana. 11 April 2011 - telah tercatat dalam perjalanan hidupnya bahawa itulah adalah detik terakhir beliau menabur budi. Dia menjadi mangsa langgar lari tatkala membantu mengeluarkan sepasang suami isteri yang ditimpa musibah jalanraya. Pemandu yang melanggar Ong adalah sekeji-keji manusia. Pergi tanpa sedikit merasa bersalah jauh sekali bertanggungjawab. Cerita lanjut disini Tanggal 22 April, Ong menghembuskan nafas terakhirnya kesan dari kecederaan yang dialaminya. Esok, rancangan Bersamamu akan menyiarkan kisah pengorbanan Ong. Takziah untuk keluarganya dan semoga mereka tabah dan diberi kekuatan. Membaca kisah pengorbanan manusia berhati emas ni membuatkan aku sebak.
Cun
Aku purchased this move kat Astro First time cuti panjang umah mak last weekend. Citer leh layan la....mampu buat otot2 perut aku bergegar. Kebetulan lak my niece and nephews pun balik kg gak. Tak sangka lak budak2 tu leh layan citer ni hampir 5 kali and diorang end up tido kul 5 pagi - tengok citer sampai dah boleh hafal skrip bagi setiap scene. Kire berbaloi la 15 hinggit (x masuk bayaran atas nama cukai).
Subscribe to:
Posts (Atom)