Tuesday, 3 May 2011

Hati Emas Ong Kim Koon

Dia manusia yang dikurniakan Tuhan memiliki hati emas. Sikapnya wajar dicontohi - menghulurkan bantuan tanpa mengira siapa dan di mana. 11 April 2011 - telah tercatat dalam perjalanan hidupnya bahawa itulah adalah detik terakhir beliau menabur budi. Dia menjadi mangsa langgar lari  tatkala membantu mengeluarkan sepasang suami isteri yang ditimpa musibah jalanraya. Pemandu yang melanggar Ong adalah sekeji-keji manusia. Pergi tanpa sedikit merasa bersalah jauh sekali bertanggungjawab. Cerita lanjut disini Tanggal 22 April, Ong menghembuskan nafas terakhirnya kesan dari kecederaan yang dialaminya. Esok, rancangan Bersamamu akan menyiarkan kisah pengorbanan Ong. Takziah untuk keluarganya dan semoga mereka tabah dan diberi kekuatan.  Membaca kisah pengorbanan manusia berhati emas ni membuatkan aku sebak.

No comments:

Post a Comment