Saturday, 14 May 2011

Mak Long


Petang Ahad 8 Mei, aku menerima berita duka pemergian Wa @ Mak Long ke Rahmatullah akibat mengidap Chordoma. Usai solat Maghrib, aku memandu pulang ke kampung konvoi ngan cousin aku dan tiba tika jarum jam menginjak ke angka 1 pagi. Menatap wajah arwah yang tenang lalu ku ambil wudhu' sambil menyedekahkan bacaan ayat2 suci untuknya. Bacaan diteruskan bersilih ganti sehingga ke pagi bersama pelajar2 sekolah pondok yang berhampiran. Keesokkannya jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi. Kami  yang ditinggalkan pasti kan merindui kuih dangai, apom lenggang dan rempah gilingan arwah selepas ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang solih.

 

No comments:

Post a Comment