Hari ni sepatutnya ke pejabat untuk menghabiskan keje yang dah lama tertangguh, namun atas sebab2 'jangan cuba cari penyakit ', maka langkah kaki terpaksa di programkan ke kedai buku. Sebenarnya buku yang dibeli bulan lepas masih ada yang belum sempat dibaca, tapi dek kerana rasa ketagihan yang mula bergelora, maka buku2 kat bawah ni telah berjaya ku rembat. Tak tau la berapa bulan pulak boleh habis baca ni, semuanya bergantung kepada mood.
Saturday, 23 July 2011
Friday, 22 July 2011
30 Hari Mengenali Cinta
Hahaha....baru jap tengok citer ni kat Youtube. Lawak & Best Gandingan Aaron & Erra. Thanks to SHARIMIETIVI kerana upload citer ni. Layannnnnnnnn...
Thursday, 21 July 2011
Kalau Begitu Kesudahannya...Maka Bah Pasti Melanda
Semalam aku berjaya menghabiskan bacaan novel ni, setelah tertangguh sekian lama. Seandainya pengakhiran citer kat TV sama ngan novel ni, maka pasti akan banjir airmata lah jawabnya sebahagian besar pengikut 'taat' citer ni. Aku membaca novel ni siap ngan iringan lagu tema citer.....adussssss memang meruntun perasaan, pastu siap terbayang wajah Aaron...opppss 'Irfan' lagi... Sedih wei....memang sesuwai ler lagu tu. Nurull Halawati ni memang patut dipuji penulisannya, ia bukan citer tentang cinta manusia semata tapi yang ingin disingkap adalah cinta Yang Khaliq.
Tuesday, 12 July 2011
Saturday, 9 July 2011
Saya Suka ......
Aku tgk movie ni sorang2 masa first day kuar. Selang seminggu, aku pi tgk lagi.......perghhhh tak pernah buat keje visit panggung sampai 2 kali untuk tengok the same movie. La ni aku subscribe lak kat ASTRO FIRST, bukan aku jer yg tengok, mak ngan bibik nengok skali. Wallawey.....kuat betul tarikan filem Box Office ni. Idea & kreativiti pengarah muda sorang ni memang benar2 pecah panggung. Tak sabar nak tunggu prequel citer ni. Congrats Syamsul !
Image : Courtesy The Net
Oh ! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk
Your outstanding PDRM summons : 2
Rasa nak terbelit usus besar bila dapat email kat atas ni. Kopak la aku..... Aduyaiiiiii....
Image : Courtesy The Net
Tuesday, 5 July 2011
Segi Seri Steamboat
Baru -baru ni aku menjelajah Shah Alam utk try steamboat. Member2 kat ofis dok kasi good review pasal port makan ni. Since aku tak familiar sangat ngan area SA tu, maka sesi telefon bertanya arah silih berganti. Finally, setelah belok kiri, kanan, u-turn segala, maka selamat bertemu yang dicari. Overall - puashati la dengan price RM 25.50 (dewasa) & RM 12.50 (kanak2). Konsep makan selagi mampu di kunyah, ditelan & dihadam memang berbaloi2 (cam iklan sykt telekomunikasi la pulak)Dek kerana terlalu teruja untuk makan, hanya gambar ni jer yg berjaya di ambil oleh jurugambar amatur. Btw, sapa yg nak try ke sini, senang gak nak cari (selepas aku sesat barat masa mula nak jumpa tempat ni), coz ia terletak belakang shoplot sebelah Carrefour Shah Alam tu.
Suka -Suka
Entry ni tak tau nak letak title apa. Aku main snap jer gambar sebahagian pokok kesayangan mak yg sedang rancak berbunga. Seperti biasa, bila bab pokok2 bunga mak ni, tugas aku - tukang gi beli baja, beli tanah & beli pasu.Seronok gak bila tengok "hasil" yang sebegini.
Monday, 4 July 2011
Kerna Dia
Ini koleksi terbaru ku. Dibeli bukan kerana aku pernah mendengar/membaca review mengenainya tapi semua novel tersebut telah diadaptasi untuk drama bersiri. Dan yang paling penting semua hero dalam drama tu adalah Aaron Aziz. Hahahaha....sejarah ni...beli novel kerana minat kat pelakon. Aku tak tau camner aku leh jadi fan actor ni. Semuanya bermula selepas NORA ELENA, adaptasi dari Kasih Yang Suci. Watak yang dibawanya dlm drama tersebut memang berjaya mencuri perhatian. Mungkin tahun ni tahun kegemilangan dia kot dalam industri..... Btw, utk dapatkan Novel Stanza Cinta & Ombak Rindu tu, aku gi kat Kino, depa kata stock elek, aku kena order kat Popular coz depa lak langsung x dak ready stock - cam goreng pisang panas larisnya. Pastu depa siap remind aku, kalau aku tak dtg collect within 3 days, depa nak release order aku tu....semua ni penangan Aaron(musykil lak entry aku ni, nak cakap pasal novel ker, nak cakap pasal Aaron Aziz ????? hantam saja la labu...)
Subscribe to:
Posts (Atom)