Baru -baru ni aku menjelajah Shah Alam utk try steamboat. Member2 kat ofis dok kasi good review pasal port makan ni. Since aku tak familiar sangat ngan area SA tu, maka sesi telefon bertanya arah silih berganti. Finally, setelah belok kiri, kanan, u-turn segala, maka selamat bertemu yang dicari. Overall - puashati la dengan price RM 25.50 (dewasa) & RM 12.50 (kanak2). Konsep makan selagi mampu di kunyah, ditelan & dihadam memang berbaloi2 (cam iklan sykt telekomunikasi la pulak)Dek kerana terlalu teruja untuk makan, hanya gambar ni jer yg berjaya di ambil oleh jurugambar amatur. Btw, sapa yg nak try ke sini, senang gak nak cari (selepas aku sesat barat masa mula nak jumpa tempat ni), coz ia terletak belakang shoplot sebelah Carrefour Shah Alam tu.
No comments:
Post a Comment