Ini koleksi terbaru ku. Dibeli bukan kerana aku pernah mendengar/membaca review mengenainya tapi semua novel tersebut telah diadaptasi untuk drama bersiri. Dan yang paling penting semua hero dalam drama tu adalah Aaron Aziz. Hahahaha....sejarah ni...beli novel kerana minat kat pelakon. Aku tak tau camner aku leh jadi fan actor ni. Semuanya bermula selepas NORA ELENA, adaptasi dari Kasih Yang Suci. Watak yang dibawanya dlm drama tersebut memang berjaya mencuri perhatian. Mungkin tahun ni tahun kegemilangan dia kot dalam industri..... Btw, utk dapatkan Novel Stanza Cinta & Ombak Rindu tu, aku gi kat Kino, depa kata stock elek, aku kena order kat Popular coz depa lak langsung x dak ready stock - cam goreng pisang panas larisnya. Pastu depa siap remind aku, kalau aku tak dtg collect within 3 days, depa nak release order aku tu....semua ni penangan Aaron(musykil lak entry aku ni, nak cakap pasal novel ker, nak cakap pasal Aaron Aziz ????? hantam saja la labu...)
No comments:
Post a Comment