Meruntun jiwa melihat kecekalan kanak2 ini, tanpa kesempurnaan anggota namun memiliki kecekalan dalam mengharungi kehidupan. Dia disisihkan darah dagingnya sendiri namun ketentuan Yang Maha Esa menemukan beliau dengan manusia berjiwa mulia lantas membina keperibadian dan kekentalan semangat juang yang tinggi. Ia bukan sekadar kisah untuk dikongsi namun ia memberi peringatan untuk kita yang dilahirkan serba sempurna. Sejauh manakah kita mensyukuri kesempurnaan yang dianugerahkan-Nya dan menggunakan sebaik2nya setiap yang dianugerahkan sebelum nikmat tersebut di ambil semula oleh Pemiliknya.
Saturday, 15 October 2011
Thursday, 25 August 2011
Lau Kaana Bainana
Wahai Kekasih Allah, Kau tinggalkan kami dengan kesempurnaan Agama Yang Tauhid. Kau tinggalkan kami dengan ajaran dan panduan untuk menjadi hamba yang di sayangi Yang Khaliq. Pengorbanan dan kasih sayang mu untuk umatmu tiada bandingannya hinggakan Syafaat mu menjadi penyelamat kami di sana nanti.
Courtesy :AdorerOfIslam@youtube
Thursday, 18 August 2011
Friday, 12 August 2011
Uda & Dara
Kalau diberi pilihan antara dibelanja makan ngan buku, aku lebih rela pilih buku. Asal ada buku terbaru dari penulis pojaan hatiku, dah tentu akan ku rembat. Biarpun hanya akan dibaca sebulan kemudian, janji ia dah berapa di genggaman ku. 3 hari lepas, novel terbaru Aisya Sofea ni menjadi milikku, dan kini ia menunggu giliran untuk ditatap dan dihayati ceritanya.
Godaan Puding Tauhu
Bila jelajah blog masakan kakak2 yg terror masak ni, teruja dibuatnya, teringat2 dan cam terasa2 di hujung lidah. Salah satu yang sedang top la ni....Puding Tauhu. Dah cam wabak berjangkit lak, pi umah kakak disinun - dia wat puding tauhu, pi umah kakak disinin - dia pun wat puding tauhu. Dah bila time posa2 ni, puding dan yang seangkatan dengannya dah jadi makanan ruji aku la. Dek kerana tak nak ditelan Batu Belah Batu Bertangkup (kes kempunan ....) , maka hari ni aku "mengconfidentkan diri" (coz aku tak pandai masak)untuk wat puding ni. Aku guna pakai resepi dari Kak Nor - halalkan resepi ni yer kak. Aku sempat rembat fruit cocktail jer tadi , so inilah hasilnya. Sedap bangat !!!
Thursday, 11 August 2011
11 Hari Yang Berlalu
Ramadhan dah memasuki fasa ke- 2, semoga kita akan lebih istiqomah dalam melaksanakan dan meningkatkan amalan yang baik den meninggalkan segala yang ditegah. Merebut tawaran hebat dari Yang Khaliq yang tak mungkin dikecapi di 11 bulan yang lain atau mungkin juga ini adalah Ramadhan kita yang terakhir........
Sunday, 7 August 2011
Rahmat
Sunshine is delicious, rain is refreshing, wind braces us up, snow is exhilarating; there is really no such thing as bad weather, only different kinds of good weather.
John Ruskin
John Ruskin
Friday, 5 August 2011
Bila Kuala Pilah Letaknya Di Terengganu
Everytime aku tengok edisi khas ni , aku leh gelak meleleh air mata dibuatnya.....wakakaka
Courtesy : jplmtal @ youtube
Saturday, 23 July 2011
Ketagihan....
Hari ni sepatutnya ke pejabat untuk menghabiskan keje yang dah lama tertangguh, namun atas sebab2 'jangan cuba cari penyakit ', maka langkah kaki terpaksa di programkan ke kedai buku. Sebenarnya buku yang dibeli bulan lepas masih ada yang belum sempat dibaca, tapi dek kerana rasa ketagihan yang mula bergelora, maka buku2 kat bawah ni telah berjaya ku rembat. Tak tau la berapa bulan pulak boleh habis baca ni, semuanya bergantung kepada mood.
Friday, 22 July 2011
30 Hari Mengenali Cinta
Hahaha....baru jap tengok citer ni kat Youtube. Lawak & Best Gandingan Aaron & Erra. Thanks to SHARIMIETIVI kerana upload citer ni. Layannnnnnnnn...
Thursday, 21 July 2011
Kalau Begitu Kesudahannya...Maka Bah Pasti Melanda
Semalam aku berjaya menghabiskan bacaan novel ni, setelah tertangguh sekian lama. Seandainya pengakhiran citer kat TV sama ngan novel ni, maka pasti akan banjir airmata lah jawabnya sebahagian besar pengikut 'taat' citer ni. Aku membaca novel ni siap ngan iringan lagu tema citer.....adussssss memang meruntun perasaan, pastu siap terbayang wajah Aaron...opppss 'Irfan' lagi... Sedih wei....memang sesuwai ler lagu tu. Nurull Halawati ni memang patut dipuji penulisannya, ia bukan citer tentang cinta manusia semata tapi yang ingin disingkap adalah cinta Yang Khaliq.
Tuesday, 12 July 2011
Saturday, 9 July 2011
Saya Suka ......
Aku tgk movie ni sorang2 masa first day kuar. Selang seminggu, aku pi tgk lagi.......perghhhh tak pernah buat keje visit panggung sampai 2 kali untuk tengok the same movie. La ni aku subscribe lak kat ASTRO FIRST, bukan aku jer yg tengok, mak ngan bibik nengok skali. Wallawey.....kuat betul tarikan filem Box Office ni. Idea & kreativiti pengarah muda sorang ni memang benar2 pecah panggung. Tak sabar nak tunggu prequel citer ni. Congrats Syamsul !
Image : Courtesy The Net
Oh ! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk
Your outstanding PDRM summons : 2
Rasa nak terbelit usus besar bila dapat email kat atas ni. Kopak la aku..... Aduyaiiiiii....
Image : Courtesy The Net
Tuesday, 5 July 2011
Segi Seri Steamboat
Baru -baru ni aku menjelajah Shah Alam utk try steamboat. Member2 kat ofis dok kasi good review pasal port makan ni. Since aku tak familiar sangat ngan area SA tu, maka sesi telefon bertanya arah silih berganti. Finally, setelah belok kiri, kanan, u-turn segala, maka selamat bertemu yang dicari. Overall - puashati la dengan price RM 25.50 (dewasa) & RM 12.50 (kanak2). Konsep makan selagi mampu di kunyah, ditelan & dihadam memang berbaloi2 (cam iklan sykt telekomunikasi la pulak)Dek kerana terlalu teruja untuk makan, hanya gambar ni jer yg berjaya di ambil oleh jurugambar amatur. Btw, sapa yg nak try ke sini, senang gak nak cari (selepas aku sesat barat masa mula nak jumpa tempat ni), coz ia terletak belakang shoplot sebelah Carrefour Shah Alam tu.
Suka -Suka
Entry ni tak tau nak letak title apa. Aku main snap jer gambar sebahagian pokok kesayangan mak yg sedang rancak berbunga. Seperti biasa, bila bab pokok2 bunga mak ni, tugas aku - tukang gi beli baja, beli tanah & beli pasu.Seronok gak bila tengok "hasil" yang sebegini.
Monday, 4 July 2011
Kerna Dia
Ini koleksi terbaru ku. Dibeli bukan kerana aku pernah mendengar/membaca review mengenainya tapi semua novel tersebut telah diadaptasi untuk drama bersiri. Dan yang paling penting semua hero dalam drama tu adalah Aaron Aziz. Hahahaha....sejarah ni...beli novel kerana minat kat pelakon. Aku tak tau camner aku leh jadi fan actor ni. Semuanya bermula selepas NORA ELENA, adaptasi dari Kasih Yang Suci. Watak yang dibawanya dlm drama tersebut memang berjaya mencuri perhatian. Mungkin tahun ni tahun kegemilangan dia kot dalam industri..... Btw, utk dapatkan Novel Stanza Cinta & Ombak Rindu tu, aku gi kat Kino, depa kata stock elek, aku kena order kat Popular coz depa lak langsung x dak ready stock - cam goreng pisang panas larisnya. Pastu depa siap remind aku, kalau aku tak dtg collect within 3 days, depa nak release order aku tu....semua ni penangan Aaron(musykil lak entry aku ni, nak cakap pasal novel ker, nak cakap pasal Aaron Aziz ????? hantam saja la labu...)
Thursday, 30 June 2011
Teman
Hari ni seorang teman yang aku kenali hampir 10 tahun lamanya melangkah pergi demi kerjaya yang lebih cemerlang. Aku tak mampu mengawal airmata sewaktu dia mengucapkan selamat tinggal. Jatuh bangun, gembira dan duka yang kami lalui bersama akan menjadi memori indah yang akan terpahat di ingatan. Biar ada kalanya kami berselisih pendapat, berlainan fahaman namun ianya menjadikan ikatan persahabatan kami semakin utuh. Semoga dia lebih berjaya di tempat baru bersama semangat baru.
Wednesday, 8 June 2011
Sampai Bila...
Dah agak lama tak update blog. Entah mengapa, terlalu banyak yang ingin dicatatkan tapi bila nak mula mengetuk papan kekunci, idea terbang melayang..
Saturday, 14 May 2011
Mak Long
Petang Ahad 8 Mei, aku menerima berita duka pemergian Wa @ Mak Long ke Rahmatullah akibat mengidap Chordoma. Usai solat Maghrib, aku memandu pulang ke kampung konvoi ngan cousin aku dan tiba tika jarum jam menginjak ke angka 1 pagi. Menatap wajah arwah yang tenang lalu ku ambil wudhu' sambil menyedekahkan bacaan ayat2 suci untuknya. Bacaan diteruskan bersilih ganti sehingga ke pagi bersama pelajar2 sekolah pondok yang berhampiran. Keesokkannya jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi. Kami yang ditinggalkan pasti kan merindui kuih dangai, apom lenggang dan rempah gilingan arwah selepas ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang solih.
Thursday, 5 May 2011
Tuesday, 3 May 2011
Hati Emas Ong Kim Koon
Dia manusia yang dikurniakan Tuhan memiliki hati emas. Sikapnya wajar dicontohi - menghulurkan bantuan tanpa mengira siapa dan di mana. 11 April 2011 - telah tercatat dalam perjalanan hidupnya bahawa itulah adalah detik terakhir beliau menabur budi. Dia menjadi mangsa langgar lari tatkala membantu mengeluarkan sepasang suami isteri yang ditimpa musibah jalanraya. Pemandu yang melanggar Ong adalah sekeji-keji manusia. Pergi tanpa sedikit merasa bersalah jauh sekali bertanggungjawab. Cerita lanjut disini Tanggal 22 April, Ong menghembuskan nafas terakhirnya kesan dari kecederaan yang dialaminya. Esok, rancangan Bersamamu akan menyiarkan kisah pengorbanan Ong. Takziah untuk keluarganya dan semoga mereka tabah dan diberi kekuatan. Membaca kisah pengorbanan manusia berhati emas ni membuatkan aku sebak.
Cun
Aku purchased this move kat Astro First time cuti panjang umah mak last weekend. Citer leh layan la....mampu buat otot2 perut aku bergegar. Kebetulan lak my niece and nephews pun balik kg gak. Tak sangka lak budak2 tu leh layan citer ni hampir 5 kali and diorang end up tido kul 5 pagi - tengok citer sampai dah boleh hafal skrip bagi setiap scene. Kire berbaloi la 15 hinggit (x masuk bayaran atas nama cukai).
Monday, 25 April 2011
Semangat Yang Hilang...
Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, aku rasa hilang semangat untuk pergi kerja. Tak tahu sebab & musabab yang sohih. Migraine makin kerap lak menyerang & my doctor dok kata aku stress. Kena take a break and find time for myself. Adoiiiihaiii...Sometimes aku wish untuk quit my job, tapi aku nak wat per ??? Takkan nak jadi petani moden lak....Nak baking/cooking for sale , hmmmm...aku tak pandai la pulak. Semoga DIA tunjukkan jalan terbaik untukku pilih.Insyallah.
Bermula Semula
Sekian lama mendiamkan diri dan menyepi, aku harus bangkit kembali di arena yang baru. Semoga di sini aku akan lebih tenang dan bebas melakar rasa hati dan cuitan emosi. Salam buat semua yang sudi singgah.
Subscribe to:
Posts (Atom)